Minggu, 15 Mei 2011

Lelaki Di Sambar Petir 2X Masih Hidup



Beberapa hari yang lalu netizen dihebohkan dengan sebuah video yang di upload ke Youtube mengenai kejadian yang sungguh luar biasa mengenai bagaimana seorang lelaki yang berjalan telah disambar petir sehingga pengsan namun masih boleh bangun, hingga selang beberapa saat setelah bangun lelaki tadi kembali berjalan, namun malang menyebelahi setelah beberapa langkah berjalan lelaki tadi sekali lagi terkena sambar petir lagi hingga pengsan.


Seperti sambaran pertama dimana lelaki itu jatuh dan bangun, disambar petir kedua kalinya lelaki tersebut juga boleh bangun dan berjalan semula. Hingga kini belum ada penjelasan konkrit mengenai video tersebut. Seperti yang ditulis di laman mail Online yang diambil oleh ohsensasi hanya menceritakan kejadian aneh dan membingungkan tersebut tanpa menyebut tentang korban berkenaan.

Kontroversi mewarnai pelbagai forum internet berkenaan tanyangan video ini, ada yang cakap ia diedit, ada yang cakap sebagai original malah ada yang cakap ia diedit di photoshop, namun hal itu susah untuk sebuah rakaman video. Namun pendapat yang mengatakan video tersebut diedit juga beralasan bahawa sambaran petir tersebut umumnya diikuti dengan kilat beberapa kali bukan petir terus menyambar. percaya atau tidak mari saksikan dahulu tayangan dibawah ini.
 
 

0 komentar:

Posting Komentar