Jumat, 29 April 2011

Berjilbab Tapi Setengah telanjan9





Isu ini dah lama di perkatakan, ramai yang sedar dan ramai juga yang perasan tapi buat-buat tak faham sampaikan ianya jadi seperti perkara biasa yang tak salah pun kalau buat, sedangkan terang-terang hukum agama Islam dah gariskan tatacara menutup aurat dengan betul. Kalau sekadar nak berfesyen lebih elok tak payah pakai terus. Mungkin ada yang kata itu sekadar permulaan, tapi kalau permulaan pun dah salah bila masanya nak betul. Bukannya dan berdakwah kerana diri sendiri pun masih banyak silap di mana-mana, sekadar saling ingat-mengingatkan di samping muhasabah diri sendiri. Malas nak cerita banyak, layan kan aja gambar-gambar di bawah kerana ianya sudah boleh menceritakan situasi yang melanda masyarakat akhir zaman ini.




 


Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

1.Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.
2.Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
3.Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.
4.Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki
5.Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.


Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. di antaranya firman Allah:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

 


0 komentar:

Posting Komentar